Kerjaya kelab Lucas_Paquetá

Kerjaya awal

Paquetá beraksi untuk Flamengo ketika menentang Vasco da Gama pada tahun 2018.

Lucas Paquetá tiba di kelab Flamengo pada tahun 2007 semasa berusia 10 tahun. Ketika usia 15 tahun, beliau telah mempamerkan bakatnya tetapi beliau tidak memiliki ciri-ciri fizikal seperti pemain-pemain yang seusia dengannya (ketinggian beliau pada masa itu hanya 5 kaki). Pada usia 18 tahun, beliau telah membesar dengan ketinggiannya meningkat sebanyak 27 cm (10.6 inci). Bersama akademi Flamengo, beliau merangkul kejuaraan Copa São Paulo de Júniores, salah satu kejohanan terkenal yang diadakan antara akademi bola sepak di Brazil semasa tahun 2016. Bersama-sama pemain lain yang berpotensi seperti Léo Duarte, Felipe Vizeu and Ronaldo, Lucas telah ditawarkan ke skuad senior pasukan selepas kejohanan tersebut.[1]

Flamengo

Pada Mac 2016, Paquetá menandantangani kontrak profesionalnya bersama Flamengo sehingga tahun 2020.[2] Pada 5 Mac 2016, Lucas melakukan penampilan sulungnya di dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Bangu dalam perlawanan Campeonato Carioca 2016.[3] Paquetá menjaringkan gol pertamanya untuk Flamengo pada 19 Februari 2017 ketika pasukannya menundukkan Madureira 4-0.

Paquetá juga telah menjaringkan gol dalam aksi final Copa do Brasil 2017 ketika menentang Cruzeiro. Di samping itu, beliau sekali lagi meledak gol dalam aksi final Copa Sudamericana 2017 menentang Independiente. Dalam kedua-dua aksi final tersebut, Flamengo telah kecundang dan dinobatkan sebagai naib juara kejohanan. Semasa perlawanan akhir Copa Sudamericana, beliau telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Flamengo.

Dalam kejohanan Campeonato Carioca 2018, Lucas Paquetá dipilih sebagai pemain sayap kiri terbaik kejohanan sekali gus menjadikan beliau merupakan satu-satunya pemain Flamengo yang terplih di dalam pasukan pilihan kejohanan.

Milan

Pada 10 Oktober 2018, rundingan antara Milan dan Flamengo telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Paquetá yang menelan kos sebanyak €35 juta sekali gus menewaskan tawaran yang dibuat oleh kelab Perancis, Paris Saint-Germain.[4]

Pada 4 Januari 2019, perpindahan tersebut telah dibuat secara rasmi dan diumumkan bahawa beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun.[5][6] Beliau seterusnya memilih jersi bernombor 39. Oleh sebab ibunya mempunyai darah Portugis, beliau dibolehkan untuk berdaftar sebagai pemain Eropah.[7]

Paquetá melakukan penampilan sulung untuk Milan pada 12 Januari 2019 dengan beraksi selama 85 minit sebelum digantikan oleh Fabio Borini ketika menentang Sampdoria dalam perlawanan Coppa Italia.[8][9] Empat hari kemudian, beliau beraksi dalam perlawanan Supercoppa Italiana 2018[10] menentang Juventus yang berkesudahan Milan tewas 1-0. Pada 21 Januari 2019, Paquetá melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika menewaskan Genoa 2-0 di Stadio Luigi Ferraris. Paquetá menjaringkan gol pertamanya untuk Milan ketika menewaskan Cagliari. Beliau telah mendedikasikan golnya untuk mangsa kebakaran di kelab lamanya, Flamengo yang meragut nyawa pemain-pemain pasukan bawah-15 Flamengo.[11]

Rujukan

WikiPedia: Lucas_Paquetá http://www.espn.com.au/football/soccer-transfers/s... http://www.flamengo.com.br/site/noticia/detalhe/22... http://www.flamengo.com.br/site/noticia/detalhe/23... http://www.flamengo.com.br/site/noticia/detalhe/23... http://www.gazetaesportiva.com/flamengo/destaque-n... http://globoesporte.globo.com/rj/futebol/campeonat... http://www.juventus.com/en/news/news/2018/italian-... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.soccerway.com/players/lucas-tolentino-c... http://www.sportbible.com/football/news-paqueta-sc...